Blogger Template by Blogcrowds

Lautan Merah Membara!!!

sudah lama teratak ini x diupdatekan..
sudah bersawang, sudah berhapak, sudah berbau,sudah berhabuk dan berdebu..

Lihat gambar di atas dan itulah semangat penonton skuad kijang (tanah kelahiranku) yang membanjiri stadium Bukit Jalil dalam perlawanan final Piala Malaysia.. namun rezeki tidak menyebelahi skuad pantai timur ini..terpaksa akur dengan Negeri sembilan..3-1.. tiada siapa ingin dipersalahkan..pemain(walaupun pertahanan Kelantan agak kucar-kacir) dan jurulatih tidak harus dipersalahkan..semangat dan komitmen yang ditunjukkan telah membawa Kelantan ke final buat kali pertama dalam 39 tahun piala Malaysia...

Tahniah buat pemain dan skuad Kelantan kerana telah mengharumkan nama Negeri Cik Siti Wan Kembang...Tahniah juga kepada penonton kerana sanggup datang dari seluruh pelusuk negara demi memartabatkan negeri masing-masing dan kejohanan di negara ini..ini membuktikan bahawa rakyat negara ini terutama anak kelahiran Kelantan bukan hanya memberi perhatian kepada liga-liga di Eropah bahkan menyokong piala di negara sendiri..

dan setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih khusus ditujukan kepada Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan kerajaan negeri Kelantan kerana telah membuktikan bahawa mereka turut support skuad kijang dan telah memberikan hadiah yang istimewa dan tidak pernah dihadiahkan kepada ahli sukan di negeri-negeri lain, bahkan mungkin di negara-negara lain iaitu Kerajaan serambi Mekkah ini menghadiahkan pakej umrah dan segala perbelanjaan skuad Kelantan akan ditanggung sendiri oleh kerajaan negeri..satu kelainan,satu perubahan,satu kejutan..dan kerajaan negeri turut mengisytiharkan hari ahad sebagai cuti peristiwa sempena final ini..ini dapat menjamin keselamatan para penyokong yang pulang selepas perlawanan ini.. inilah keprihatinan yang ditunjukkan oleh kerajaan negeri terhadap anak-anak negeri..

Teruskan la mengharum nama negeri Kelantan..
Walau kalah tapi kalah berkat kerana dan pat gi umrah.. KALAH BERKAT!!!
GOMO KLATE GOMO( lau lam one piece- GOMO GOMONA..ha3)

pembelajaraan secara online...


kepada teman-teman dan pelawat2 blogger ku..mari la kita bersama2 mendownload ceramah2, kuliah2 ugama daripada ilmuan-ilmuan Islam yang ada di Malaysia seperti Dato Haron Din, Ustaz Azhar, Ustaz Basit dan ramai lagi. Gunalah teknologi yang ada ini kearah kebaikan dan marilah bersama2 menimba ilmu ALLAH yang luas dan berkat!!!!
hanya taip http:www.mymaktabaty.com dan kalian mampu mencari ilmu2 berguna.

AZAB ALLAH DALAM BULAN SYAWAL INI


APIA, SAMOA(New Zealand)- Tsunami yang mengorbankan banyak nyawa. kawasan ini dilabelkan sebagai kawasan perang kerana manyat2 brgelimpangan.


PADANG(Sumatera Barat): Gempa bumi yang berskala 7.6 Richter kelmarin yang melanda Sumatera Barat telah meragut 770 orang, manakala 294 mangsa cedera setakat hari ini dan masih ramai lagi yang masih tidak dapat dijejaki. Gegaran turut dirasai di Malaysia. Kemungkinan besar angka kematian akan terus meningkat dan gegaran susulan masih dikesan.

SYDNEY: Pusat Amaran Tsunami Pasifik mengeluarkan amaran tsunami terhadap 11 negara termasuk Papua New Guinea serta pulau peranginan popular di Fiji, Vanuatu dan New Caledonia

Kelantan- Ribut yang luar biasa melanda negeri ini telah mengakibatkan banyak kerosakan dan kemusnahan dan satu kematian. Negeri-negri lain turut dilanda ribut seperti di Kedah. Terengganu turut dilanda ribut terutamanya di daerah Besut.

Jerantut- Hujan Batu yang pertama kali melanda Jerantut telah mengakibatkan beberapa kerosakan.



selamat hari lebaran

nampaknya Ramadhan telah sampai ke penghujungnya. hanya tinggal beberapa detik sahaja lagi dan syawal pula akan mendatang tiba. pemergian Ramdhan ini akan ditangisi oleh seluruh ahli ibadah, ditangisi sekalian alam kerna pemergiannya akan membawa bersama segala kelebihan, segala ganjaran dan segala keistimewaan yang tiada di purnama-purnama lain. adakah kita akan bertemu kembali dengan bulan yang mulia ini pada masa hadapan??sama2 lah muhasabah diri.

dalam menyambut syawal yakni hari raya idilfitri sama-samalah kita menyambutnya dengan penuh berhikmah dan ingatlah bahawa musuh kita yang utama akan bebas dan kembali membalas dan merencanakan segala propaganda mereka yang telah tertangguh,terbantut dan terhenti dalam masa sebulan ini.

semoga bulan Ramadhan ini sebaik-baik masa untuk kita untuk kita mentarbiah diri untuk menghadapi sebelas bulan yang akan mendatang..Amiiin...
|
SALAM LEBARAN DAN MAAF ZAHIR DAN BATIN KEPADA SEMUA UMAT ISLAM - IKHLAS DARIPADA NAMAKUDESTINASIKU...

terlepaskah malam nuzul al-Quran?

NUZUL AL-QURAN SATU KEISTIMEWAAN


terdetik hatiku untuk memuatkan di dalam blog ini kata2@kuliah terawih yg disampaikan oleh ustz wan Azlan..
terdapat 3 pandangan ulama tentg tarikh nuzul Quran :
1)17 Ramdhan- tarikh yg msyhur
2) 21 ramdhan
3) 24 ramadhan- berdasarkan satu hadis hassan yang mana sanadnya hasan-
Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah meriwayatkan dari Watsilah bin al-Asqa’, bahawa Rasulullah bersabda (maksudnya),

“Shuhuf (lembaran-lembaran) Ibrahim diturunkan pada malam pertama bulan Ramadhan, Taurat diturunkan pada tanggal enam (6) Ramadhan, Injil diturunkan pada tanggal tiga belas (13) Ramadhan, dan al-Qur’an diturunkan pada tanggal dua puluh empat (24) Ramadhan.” (Hadis Riwayat Ahmad dan turut dikeluarkan oleh ath-Thabrani. Menurut Syaikh al-Albani di dalam Shahiihul Jaami’ hadis ini hasan (1497). Lihat juga Tafsir Ibnu Katsir di bawah penafsiran 2: 185)

tidak menjadi msalah tentang tarikh penurunan al-Quran tetapi apakah penyisian ketika sepanjang rmadhan yang mulia ini??
bagaimanakah pembacaan al-Quran di bulan ini? sejauh manakah penghayatan terhadap isi kandungan al-Quran yang membawa berita gembira dan peringatan?

sekiranya bulan ini pun payah untk kita membelek halaman al-Quran bagaimana pula ketika bulan-bulan lain??? ketika bulan kita hanya berperang dengan satu pihak musuh sahaja(nafsu)...
renung2kanlah

Usaha cari mangsa gempa diterus



PENDUDUK membersih dan mencari barangan yang masih boleh digunakan di rumah mereka yang ranap akibat gempa bumi.

Peluang temui penduduk hidup tipis ketika mangsa kecewa bantuan lewat tiba

JAKARTA: Pasukan penyelamat di Indonesia semalam meneruskan usaha mencari walaupun harapan untuk menemui berpuluh-puluh penduduk yang masih hilang semakin pudar selepas kejadian gempa bumi besar berukuran 7 skala Richter, Rabu lalu.

Gempa yang berlaku di pantai selatan Jawa mencetuskan kejadian tanah runtuh yang menimbuskan berpuluh penduduk di kampung Cikangkareng, 130 kilometer ke selatan Jakarta.

"Gempa bumi membunuh sekurang-kurangnya 65 orang. Pencarian berpuluh lagi mangsa diteruskan walaupun peluang untuk mereka hidup amat tipis," kata jurucakap agensi pengurusan bencana, Priyadi Kardono.


SUBHANALLAH...segala puji hanya untuk ALLAH...YA ALLAH jauhkan lah kami dari segala kemurkaan dan bala metaka dari mu YA ALLAH...

KALIMAH SUCI DI BULAN SUCI


10 ramdhan terawal

Ari ini telah genap 10 hari kita berada dalam bulan yang penuh keberkatan ini...marilah sama2 kita merenung sejenak, meluangkan sedikit masa dan kesempatan yang telah dianugerahkan untuk kita mengimbas kembali atau merefleksikan apa amalan dan kekurangan yang telah kita lakukan sepanjang 10 hari yang lalu...adakah 10 hari ini lebih baik dari bulan2 ramdhan yang telah berlalu???
banyak perkara telah berlaku sepanjang waktu ini..7 ari pertama aku telah menyambut ramdhan bersama keluarga di kampung..dan bakinya di IPGMKTAA bersama2 saudara seperjuangan di dalam medan jihad menuntut ilmu..dan apa yang dapat ku lihat kualiti seminggu berpuasa di rumah adalah lebih baik berbanding hari2 aku di IPGMKTAA..entah mengapa dan kenapa...

antara keajaiban yang dapat kusaksikan sepanjang 10 ari ini ialah cuaca di waktu malam sungguh indah biarpun pada waktu petang hujan lebat yang turun..dengan langit kosong dengan tompokan n awan yang minima telah dipenuhi dengan bintang2 yang memberi ketenangan kepada mereka yang menghayati dan memikirkan kehebatan ALLAH..

dan aku juga diberi kesempatan untuk melihat satu lagi keajaiban dan bukti kebesaran ALLAH yang tidak pernah kulihat dengan mata kasarku iaitu pertama kali sepanjang 19 tahun aku melihat tompokan awan yang membentuk kalimah ALLAH ketika menunaikan solat terawih di surau as-Syafie di IPGMKTAA walaupun huruf LAM yang pertama x bersmbung dengn LAM kedua namun ia jelas membentuk kalimah suci itu..(sayang aku x membawa kamera)...SUBHANALLAH...rasa sungguh hina dan kerdilnya diri ini tatkala diri ini alpa dan kadang2 hanyut dengan tipudaya dunia serta kadang2 lupa tanggungjawap sebagai hamba...
YA ALLAH ampunkanlah hambamu yang hina dan keji ini..

dan kuharapkan aku lebih tabah dan kuat untuk menghdapi hari2 di bulan penuh keberkatan dan ampunan ini yang kan mendatang..amiiin...

selamat tinggal IPGMKTAA


selamat tgal buat semua warga ipgmktaa semggu...semoga kita mmpu bertemu lagi..selamat datang ramdhan dan bulan ibadat,,


seri pawana..

ANAK WARISAN DIKIR AFZAN

itulah group dikir pertama ditubuhkan di IPGM Kampus Tengku Ampuan Afzan..
dan gabungan antara batch aku( PPISMP ambilan Julai 2008) dan senior2 telah berhasil menubuhkan persatuan dikir di Kampus ini..tujuannya adalah untuk memartabatkan lagi seni warisan Melayu dan jati diri...ditubuhkan pada 16 Mei bersempena sambutan hari guru peringkat IPGMKTAA..dianggotai 26 orang ahli, 2 jogho,5 pemain alat dan 19 orang awok2(termasuk aku-my position..ha3)
setakathari ni,baru 2 persembahan berjaya dibuat..Sambutan Hari Guru dan sempena Hari Kebudayaan adik2 yg baru msuk baru2 ini..

meteor@tahi bintang di IPGMKTAA



meteor@tahi bintang di IPGMKTAA

ALHAMDULILLAH..dapat gak aku mlhat tahi bintang..ini lah first time aku mlhatnya..terasa kebesaran ALLAH..
secara x sengaja sewaktu makan nasi lemak di luar maktab aku mlhat lintasan jalur emas(taik bintang la)....
dan seblum aku post posting ini aku terbaca satu artikel tntg kemunculan Hujan Meteor Perseids di Malaysia..tp jgkaan dah lepas..12-13 ogos 2009..ari ni dah 16 ogos..meteor perseids ialah kita mampu melihat berpuluhan malah ratusan bilangan meteor atau lebih dikenali sebagai tahi bintang dengan menggunakan mata kasar sahaja. Meteor merupakan jaluran cahaya yang kelihatan memanjang di langit dan boleh bertahan selama beberapa saat yang bergantung kepada saiznya.
dan ape yang aku nmpak adalah lebihan meteor perseids..




waaaaaa..baju raya taun ni..gold keemas-emasan..ha3
mtak2 padan molek..dah 2 taun pkai baju raya size besar cam jubah(cam baju hujan)...letih2...
kak aku yg no 2 nak kwin(time raya aji)...so kena seragam la..moto taun ni emas..


Ustaz Asri Rabbani meninggal dunia..

Penerbit dan Penyelaras Program Syahaddah, Ibrahim Zaidi Ismail berkata beliau terkejut melihat penyanyi kumpulan nasyid popular Rabbani, Mohamad Asri Ibrahim tiba-tiba jatuh sebelum program itu bermula.

"Kira-kira pukul 10.30 Asri masuk ke dalam studio. Sebelum kejadian Asri sedang memegang mikrofon, bagaimanapun beberapa saat sebelum program bermula dia rebah ke lantai," katanya, sebak.

Beliau berkata kematian Asri meninggalkan kesan kepadanya kerana hari ini adalah hari pelancaran program Syahaddah sempena bulan Ramadan.-Bernama

Terkejut aku apabila mendengar seorang sahabatku mengkhabarkan dia mendapat mesej bahawa Ustaz Asri telah tiada..dan malam ini ketika melawat MalaysiaKini barulah aku dapat mensohihkan berita ini...Kita kehilangan seorang lagi penghibur,pendakwah,islamic ikon dalam hiburan..kehilangan yang besar..semoga akan lahir lebih ramai ustaz asri..amin..semoga roh beliau dirahmati ALLAH..alfatihah.........

Hishamuddin Rais
Ogos 12, 09
5:29pm

Saya selalu mendengar cerita bagaimana di beberapa selekoh di lorong-lorong motosikal, akan ada paku-paku tajam ditaburkan. Ia bertujuan membocorkan tayar.

Tidak berapa jauh dari tempat paku itu, ada pula iklan "tukar tiub".

Saya juga diberitahu oleh kawan baik saya bahawa di jalan menuruni terowong lebuh raya Karak sering ditaburkan minyak. Pernah sekali keretanya tergelincir.

Tidak jauh dari terowong ini, ada lori tarik kereta menunggu.

Cerita ini contoh taktik untuk menjalankan perniagaan - cara mencari pelanggan. Dalam dunia perniagaan, rukun imannya ialah keuntungan. Semua peniaga ingin mendapat untung.

Lebih banyak untung, lebih cepat jadi kaya.

Hari ini kita semua tahu bagaimana seramai 44 orang telah ditewaskan oleh virus selesema A (H1N1). Wabak ini sedang menular bukan sahaja di negara kita, malah di seluruh dunia.

Apa sebenarnya semua fenomena ini?

Pada 1963, satu persidangaan diadakan di Iron Mountains, tidak jauh dari Hudson New York. Ketika ini Amerika Syarikat sedang bertarung di Vietnam, Laos dan Kemboja.

Persidangan para pemikir ini untuk membuat dasar bagi pihak kuasa imperial Amerika Syarikat. Pemikir-pemikir ini ingin mencari jalan bagaimana sistem ekonomi kapitalis dunia ini dapat diteruskan tanpa berlaku peperangan.

Laporan dari Iron Mountains telah mengajukan:

- Pertambahan penduduk di bumi akan membawa laba kepada kaum korporat,
- Perang wajib berlaku untuk tujuan ekonomi, politik dan perkembangan sosial,
- Melahirkan musuh sebagai strategi politik.

Dari sinilah lahir keinginan untuk mengawal genetik dan pembunuhan besar-besaran dalam usaha untuk mengawal manusia bagi memastikan keuntungan terus dapat dikaut oleh kaum kapitalis.

Di sini juga bermulanya apa yang akan kita kenali sebagai keganasan biologi –
bioterrorism. Teknologi hayat akan digunakan sebagai senjata untuk mengawal umat manusia.

Pada 1970 telah keluar satu memo, National Security Memo No: 200. Memo ini ditulis oleh Henry Kessinger yang menimbulkan bagaimana wajib dikawal ledakan penduduk yang semakin bertambah dalam dunia hari ini.

Memo No: 200 ini mencadangkan agar dijalankan usaha untuk mengurangkan penduduk dunia.

Petikan sebahagian kandungan memo tulisan Kessinger:

"
There is a major risk severe damage to world economy, political and ecological syatem begin to fail to our humanitarian values. The urban slums dwellers (though apprently not recent migrants) may serve as a volatile, violent force which threatened political stability.

International relation - population factors are crucial in and after determinants of violent conflicts in developing areas. There is no single approach which will solve the population problem.

The complex social and economic factors involved call for comprehensive strategy… At the same time action and program must be tailored to specific countries and group
."

Dalam bahasa mudah, Kessinger melihat manusia miskin – penduduk miskin kota - sebagai sampah dan perlu dikawal dan dibersihkan. Ia samalah dengar dasar 'setinggan sifar' yang selalu diuar-uarkan dalam negara kita ini.

Justeru, hari ini ada berpuluh-puluh lembaga, badan dan makmal sedang membuat kajian biologi. Ada yang bergantung rapat dengan universiti. Ada yang berkait rapat dengan kaji selidik tentera. Ada yang diwujudkan oleh syarikat pembuat ubat.

Malah semua makmal penyelidikan ini kait-mengait antara satu sama lain. Lembaga-lembaga ini semuanya mendapat dana daripada syarikat pembuat ubatan-ubatan dan mendapat kontrak daripada Jabataban Pertahanan Amerika Syarikat.

Semua lembaga dan makmal ini adalah lembaga kapitalis. Tujuan penyelidikan ilmiah mereka untuk membuat keuntungan maksimum. Ilmu pengetahuan mereka bukan digunakan untuk kesejahteraan umat manusia tetapi untuk mencari jalan agar perniagaan mendapat untung besar.

Syarikat ubat-ubatan bernabikan keuntungan. Lagi ramai yang sakit, lagi baik untuk ubat dijual. Kesihatan ialah perniagaan – inilah dasar kaum kapitalis.

Justeru, jangan terperanjat jika saya nyatakan bahawa virus AIDS, HIV, Ebola semuanya lahir dari bilik makmal.

Seperti memerangkap Mat Rempit agar tayar motosikalnya bocor, begitu jugalah kajian biologi di bilik-bilik makmal yang sedang dilakukan oleh kaum kapitalis ini.

Kaum kapitalis multinasional ini ingin memerangkap – bukan dengan menjual tiub. Mereka melepaskan virus-virus ini dengan dua tujuan:

1 – mengurangkan penduduk dunia, dan
2 – menjual ubatan.

Tidak masuk akal? Ia hanya teori konspirasi? Ia pandangan gila Hishamuddin Rais? Sabar dahulu.

Cuba fikirkan pula bagaimana
depleted uranium (DU) sedang digunakan dalam perang di Iraq dan Afghanistan. Peluru-peluru baru yang dibuat oleh syarikat persenjataan menggunakan DU dalam peluru yang dapat meledakkan apa sahaja – dari kereta perisai hingga ke tembok-tembok tebal.

DU ini, daripada apa yang diheboh-hebohkan, adalah uranium yang telah mandul kuasanya. Justeru tidak berbahaya kepada manusia. Kenyataan ini bohong!

Kajian demi kajian telah dijalankan yang menunjukkan DU ini masih membawa padah dan malapetaka yang maha hebat kepada umat manusia.

DU akan melahirkan barah. Anak-anak yang baru lahir di Iraq dan Afghanistan – apabila ibu atau ayahnya telah terhidu DU – akan lahir bukan seperti bayi.

Ada yang berkepala besar. Ada yang bermata satu. Ada yang bengkang-bengkok. Bayi-bayi ini gergasi cacat yang dimunculkan oleh teknologi kaum imperial Anglo-Amerika.

Tujuan penggunaan DU ini cukup jelas. Penduduk akan berkurangan. Yang hidup akan terus-menerus memerlukan ubatan – ertinya mereka akan terus membeli ubat.

Ini pandangan karut daripada Hishamuddin Rais? Kerana DU juga terkena kepada tentera mereka juga. Betul.

Memang betul ada beribu-ribu tentera British dan soldadu Amerika yang telah mengambil bahagian dalam perang Desert Storm dan sedang menghadapi apa yang dipanggil Gulf Syndrom.

Ia adalah penyakit baru - pengidapnya akan mati perlahan-lahan. Pada akhir 1980-an, para veteran Desert Storm di United Kingdom menuntut agar Golf Syndrom ditakrif sebagai penyakit.

Permintaan ini telah ditolak oleh kerajaan. Kerajaan menafikan wujudnya penyakit ini.

Para veteran – satu demi satu mati. Anak-anak mereka yang baru lahir ramai yang cacat sama seperti yang terjadi di Iraq dan Afghanistan.

Jangan hairan, kaum kapitalis memang tidak berhati perut. Apa yang penting, keuntungan besar. Dan ini juga selari dengan dasar yang telah dibincangkan di Iron Mountains.

Ia juga dasar yang sedang dijalankan mengikut Memo No: 200 yang disarankan oleh Kessinger.

Umat manusia perlu dikurangkan dalam dunia ini agar mereka yang kaya terjamin kesempurnaan hidup mereka - samalah seperti mengawal penduduk Kampung Kerinchi daripada berpindah ke Country Height atau menggodam setinggan di Kampung Berembang atau Buah Pala agar mereka tidak berani membuat rumah di Bukit Tunku.

Juga, hampir kesemua soldadu yang berperang itu adalah anak-anak kelas bawahan. Mereka ini, seperti kata Kessinger, sampah yang akan membawa masalah.

Soldadu Amerika hampir 80 peratus berkulit hitam dan Latino. Menghantar mereka ke medan perang cara terbaik untuk mengurangkan jumlah mereka.

Anak-anak orang kaya tidak akan masuk menjadi tentera. Malah George W Bush sendiri telah mengelak daripada pergi menyertai Perang Vietnam.

Apabila saya membaca, mengkaji dan meneliti dokumen yang "dibebaskan" atau yang telah dibocorkan, maka ternyata virus terbaru A (H1N1) ini juga telah menetas dari bilik makmal.

Dasar pengurangan umat manusia di bumi ini sedang berjalan dengan baik. H1N1 ini adalah sebahagian dari strategi itu.

Jika kurang yakin tentang apa yang saya cuba nyatakan di sini – atau menganggap ia hanya teori konspirasi – sila cari dan baca.

Ada berjuta-juta bahan kajian ilmiah dan tulisan-tulisan para penyelidik yang menimbulkan isu ini. Semua ini amat senang untuk ditemui dalam internet.

Pada ketika ini, tela diheboh-hebohkan tentang satu vaksin yang akan muncul untuk melawan H1N1. Ia juga pengiklanan besar dari kaum kapitalis.

Untuk sementara waktu kita diberitahu bahawa vaksin ini masih dalam kajian.

Bayangkan, mula-mulanya kita ditakut-takutkan. Kemudian kita diberitahu jangan takut, ada jalan selamat. Tetapi jalan selamat ini wajib dibayar. Cukup senang untuk memerangkap.

Sama seperti menabur paku di jalan raya untuk membocorkan tayar motosikal Mat Rempit. Beginilah sifat kapitalis. Beginilah cara kaum kapitalis membuat untung.

Dalam sistem ekonomi sosialis - ubatan adalah untuk kesihatan, bukan untuk keuntungan. Dalam sistem ekonomi sosialis, hospital milik rakyat, bukan untuk diswastakan.

Dalam ekonomi sosialis, perubatan untuk semua dan bukan untuk yang kaya.

Dalam sistem masyarakat sosialis, umat manusia penjana tamadun, bukan sampah yang perlu dihapuskan. Fikrah manusia digunakan untuk kebaikan, bukan untuk keuntungan.

petikan malaysiakini-12 ogos 2009


Dalam Librari

Dalam librari
aku tersengguk.
Seorang tua
tersenyum menegur:
Tak guna
membuka buku
menutup mata.
Kan elok
menutup buku
membuka mata?

Mulai esoknya
dalam librari
ku tak pernah
tersenguk lagi
walau orang tua
sudah lama
tidak kusua.

Dalam librari
kini ku membaca,
mataku sering
ke kerusi orang tua
yang sudah tiada.

A.Samad Said

GEMPAR!!!

11 Ogos 2009

Jumlah kematian akibat selesema A (H1N1) meningkat kepada 38 orang apabila enam lagi kematian dicatatkan dalam tempoh 24 jam.

Jumlah keseluruhan naik mendadak kepada 2,253 kes apabila 270 kes baru - rekod tertinggi dalam satu hari - dilaporkan, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican.


Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan 5,500 hingga 28,000 rakyat Malaysia akan mati dalam wabak selesema itu jika 20 peratus daripada 27.7 juta penduduk negara ini dijangkiti virus A (H1N1).

ini lah kajian yang dikeluarkan oleh WHO..tp kemungkinan ada benar dan silapnya..mgkin jumlah itu akan lebih tinggi?? WALLAHUA'LAM..

ape pun marilah kita sama2 bermunajat dan berdoa kepada yang Esa agar dijauhkan bala ini dari menimpa diri kita,keluarga dan muslimin dan muslimat..amiiiiiin..


MIKHAIL – bukan sekadar sebuah nama. Selama 16 tahun menjadi pelarian di perantauan, dia muncul semula memburu mangsa-mangsanya. Mikhail membunuh kerana dendam lama. Sewaktu usia remaja, keluarganya telah ditembak mati. Mikhail telah diselamatkan Dickens, seorang lelaki Amerika Syarikat yang juga merupakan rakan niaga ayahnya, Tuan Sadon. Dickens melatih Mikhail menjadi seorang pembunuh profesional untuk membela kematian keluarga.

Dalam pada itu, Mikhail juga menghidapi sejenis penyakit paranormal. Apabila retina matanya terkena cahaya matahari atau silauan lampu yang terang lagi tajam, dia akan berada dalam satu dimensi yang tidak diketahui. Kadangkala dia terperangkap antara dua dimensi – fantasi dan realiti. Akibatnya, Mikhail sukar membezakan mana yang benar.

RAMLEE AWANG MURSHID menampilkan novel MIKHAIL sebagai satu agenda yang dipengaruhi wang bertunjangkan kuasa. Wang serta kuasa dijadikan sandaran sebagai satu simbol kejahatan. Mereka yang enggan bekerjasama akan dijatuhkan hukuman mati. Mikhail pula adalah alat kepada misi pembunuhan itu. Saspens dan penuh emosi!


Cerita yg baik tp kadang2 memeningkan..namun itulah klebihan dalam setiap karya Ramlee Awang Mursyid..koflik diri sendiri,cinta,agama,hubungan keluarga,dadah dan beberapa unsur lain diterapkan dalam novel ini..dan jarang sekali kita membaca novel yang mana heronya adalah penjenayah dan pembunuh..pelik tapi benar..itulah MIKHAIL(dalam citer ni la)

stakat hari ni hanya 3 karya beliau yg aku x sempat membacanya- Igauan Maut, Mandatori dan Anugerah Pertama..kepada mereka yg mmpunyai buku ini leh la berkongsi ngan ak..

Aku Hanya Umar

Sebelum disapa sinar iman
Kau bagaikan singa yang mengganas
Membunuh anak perempuanmu
Tanpa rasa belas dan kasihan
Dipandu hati sekeras batu
Jahiliah yang menyesatkan

Bila nur Al-Quran menusuk ke jiwa
Lunturlah segala keangkuhanmu
Berubah dan beralih arahmu
Terbentur segala kekejaman
Menjadi wira miskin nestapa
Membela yang tak berupaya

Tidurmu di rimbunan tamar
Tenangmu tiada tercalar
Berbantal lengan tanpa pengawal
Berselimut embun keimanan

Di malam yang hening
Meratap menyesali diri
Pada dosa kealpaan

Dibasuh dengan airmata
Memohon keampunan Tuhan

Engkau khalifah berjiwa hamba
Mentadbir tanpa singgahsana
Menghina diri di hadapan Allah
Kemuliaan diri manusia

Mulia hidup bersulam taqwa
Mulia matimu kau syuhada
Pergi rohmu ke alam tinggi
Terbang menuju ke syurgawi

Aku hanya seorang Umar
Kemuliaanku kerana Islam
Semua ke syurga kecuali dia
Ku bimbangi dialah diriku

Hati sekeras batu
Menjadi selembut air
Jadi teman kebenaran
Jadi musuh pada kebatilan

7 Ogos 2009

Alhamdulillah

ari ni demam ku dah beransur sembuh..tp H1N1 terus membunuh..stakat ari ni sudah 14 org dah mninggal..terbaru seorang lelaki berusia 57 tahun menjadi korban wabak selesema A (H1N1), menjadikan jumlah kematian 14 orang sejak dua minggu lalu.
dalam 2 mgu sudah 14 nyawa hilang..dan x mustahil sekiranya dalam masa 1 bulan akan datang kita dapat kematian semakin mngkat..150 org mnggal dalam 1blan..50 rg dalam smgu..60 org dalam 1hari akibat H1N1..x mustahil..
Nauzubillah..nmun semua itu adalah asbab semata2..yg nyata ajal maut itu sudah lama tercatat...oleh itu berdoalah agar kita mati dalam Husnul khotimah..mati yg diredhai..mati yg diberkati..AMIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIN

H1N1

H1N1- penyakit misteri
5 Ogos 2009
angka kematian akbat penyakit ini telah mencecah 12 org..penyakit msteri yang x belum ada penawar yang mampu menyembuhnya. hanya pencegahan dan rawatan awal yang mampu dilakukan.. benarlah dikatakan bhawa antara tanda2 kiamat-timbul penyakit yang pelik2.

hari ini aku tlah ponteng kuliah dan perg ke HKL(hspital kuala lipis jer) untk check..demam selsema sejak smlam lag.Alhamdulillah stakat ini hnya demam biasa jer..x disyaki H1N1..dekat hospital pun ramai pesakit..maoriti demam..dan 1org student yang suhu badannya lebih dari 38'C.. antara simtom2 awal H1N1 ialah suhu badan lebih dari 38'c. tp aku rasa budk 2 hya demam jer..x smpai H1n1..Alhmdulillah..
tp rasa penat sgat2 ari ni. balik hspital terus aku tdor..bgun smyg zohor sekejap n smbung tidor balik..Ya ALLAH aku redha dengan ujian ini..

pikr2 balik semua ni hanyalah uian dari ALLAH n myb Kifarah terhadp dosa2 ku..( Ya ALLAH berilah aku kekuatan untk mghadapai kifarah ini..)
p yg aku x puas ati- MC dia bg 1hari jer..ha3..fedup tol la..

kepada yg melawat teratak buruk blog aku ni mohon berdoa agar kita semua shat walafiat dalam menjalani khidupan sebagai hamba yg mengabdikan diri kepada Penciptanya..Amiiiiiiiiiiiin

DAY 4733

27 Mac 2009
ak menerima sms dri nombor yg x dknali...(ms awk da smpai di lipis..ambk seblum pkul 4)

aku terpikr2 ms???pe ah??
oowh..rupa2nya ms ialah motoskal..kakanda ku yg berada d perak tlh mempost mtor kpd ku..(mentg2 ade keta trus x guna mtor..sebb 2 bg kat ku)
syukur2..
aku trus mnelepon empya nombor ntuk mensohihknnya..
betol la...

28 Mac 2009
ak n syafiq ke pjbat post dengan BKCnya..
DAY 4733 (wave) mtor kakandaku..
wlau dah bape taun ngan kak aku p DAY msih baru ag..
aku terpkir-perbzaan org prmpuan dengan lelaki dlm menjaga kenderaan..
kdg cntik kat luar p dalam x brapa okey coz org prmpuan pndai jaga bhgian luar je..bhagian dalam 1 pun dia x tau..lau knderaan org laki plak nmpak buruk tp lau tgk bhgian dalam- enjin dia power la..kete hudson baulu bley pkai enjin misubishi..kete cerek pkai kaberatar evo..macam2 skang..
p musbah plak yg mai..smpai petronas lipis baru ku tau no platku tercabut..smpai mktab terbau hangit plak motor..2 hari selepas tu bocor plak..
musibah2... betol la kata org tua2- dalam kesenangan ade gak kesusahan..
p redha je la..

MUKJIZAT ISRA’ DAN MIKRAJ

MUKJIZAT ISRA’ DAN MIKRAJ

Satu lagi perayaan yang disambut oleh umat Islam ialah perayaan israk’ dan mikraj,
peristiwa yang besar ini berlaku sendiri pada batang tubuh nabi s.a.w. Mari lah kita sama-sama mengambil pengajaran dari peristiwa mukjizat ini.

Isra’ ialah perjalanan Nabi s.a.w dari Masjidil Haram ke Majidil Aqsa. Mikraj pula ialah perjalanan Nabi s.a.w dari Masjidil Aqsa menembusi langit-langit ke sidratul muntaha yang tidak pernah di jejaki oleh sebarang makhluk untuk bertemu dengan Allah Taala… Semua perjalanan ini berlaku dalam tempoh sehari semalam…

Terdapat perselisihan pendapat di kalangan ulama’ tentang terjadinya mukjizat ini. Adakah pada tahun kesepuluh atau tahun sesudahnya. Perkara ini menjadi khilaf di kalangan ulama’. Menurut riwayat Saad peristiwa ini berlaku lapan bulan sebelum peristiwa hijrah Nabi s.a.w.

Jumhur ulama’-ulama’ Islam bersependapat bahawa pristiwa ini berlaku dengan jasad dan roh Nabi s.a.w. Ini merupakan satu mukjizat yang di kurniakan oleh Allah kepada Nabi s.a.w.

Kisah perjalanan ini disebutkan secara jelas oleh Muslim di dalam sohehnya. Di sebutkan bahawa perjalanan Nabi ini dengan menaiki seekor binatang yang dipanggil sebagai Burak.Binatang ini lebih beser dari keldai dan kecil sedikit dari unta.
Binatang ini berjalan dengan pantas ibarat sekelip mata sahaja.Disebutkan pula nabi s.a.w memasuki Masjidil Aqsa dan bersolat dua rakaat bersama dengan roh nabi-nabi.
Lalu jibril datang kepadanya dengan membawa segelas arak dan segelas susu, lalu Nabi s.a.w memilih susu sebagai minumannya.

Lalu jibril berkata kepadanya “bahawa engkau wahai Muhammad telah memilih suatu perkara yang menjadi fitrah bagi manusia. Kemudian di teruskan lagi perjalanan ke langit pertama, kedua, ketiga sampai lah seterusnya hinggalah ke Sidratul Muntaha.
Disana lah di wahyukan kepada nabi syariat solat yang pada awalnya sebanyak lima puluh waktu.

Keesokkan harinya Nabi s.a.w menceritakan kepada penduduk Mekah tetapi ramai yang tidak mempercayai kata-kata nabi s.a.w. lalu Nabi di tertawakansehingga Nabi s.a.w menceritakan gambaran di dalam Masjidil Aqsa secara jelas.

Bukhari telah meriwayatkan secara jelas dalm sahihnya.

لما كذبتني قريش قمت فى الحجر فتجلى الله لى بيت المقدس فطفقت أخبرهم عن آيته وأنا أنظر إليه....

Maksudnya:
Ketika kaum quraisyh mendustakan aku, aku berdiri di hadapan Hijir (ismail). Lalu Allah memperlihatkan Baitul Maqdis kepada ku. Kemudian aku khabarkan kepada mereka tentang tiang-tiangnya dari apa yang aku lihat.

Sebahagian daripada kaum musyrikin mengambil peluang dari peristaiwa ini untuk menggoncang aqidah umat Islam pada ketika itu. Mereka juga mengkhabarkan kepada sahabat nabi s.a.w iaitu Abu Bakar r.a. Tetapi jawapan Abu Bakar mengecewakan mereka iaitu “jika Muhammad yang berkata demikian nescaya aku percaya, malah lebih dari itu pun aku percaya.” Dengan peristiwa ini lah Abu Bakar di gelar sebagai As-siddiq

BEBERAPA PENJELASAN

Pertama: penjelasan tentang Rasul dan MukjizatRamai diantara penulis cuba menggambarkan Nabi Muhammad ini sebagai insan biasa.Penulis-penulis barat juga cuba mempamerkan Nabi s.aw ini sebagai pemimpin biasa serupa dengan diktator-diktator lain. Gambaran yang salah ini sedikit sebanyak menggugat aqidah umat Islam. Sedangkan Nabi Muhammad s.a.w dikuniakan dengan banyak mukjizat yang tidak boleh di fikir oleh akal manusia.

Fiman Allah Taala:

قل إنما الأيت عند ألله

Maksudnya:
“sesungguhnya mukjizat-mukjizat itu hanya pada sisi Allah”

Di antara mukjizat nabi lagi ialah, memancarkan air dari celah-celah jari nabi saw.
Peristiwa ini di riwayatkan oleh Bukhari di dalam bab wudhuk, muslim di dalam bab al-fadha’il (keutamaan). Imam Malik dalam al-muwaththa’. Mukjizat yang lain pula ialah peristiwa bulan terbelah. Peristiwa ini bukan di saksikan oleh musyrikin mekah sahaja tetapi disaksikan juga oleh seluruh alam. Satu riwayat menceritakan seorang sahabat nabi dari India datang berjumpa dengan nabi saw ketika melihat peristiwa ini di negaranya.Lalu beliau merantau lalu datang berjumpa dengan nabi dan menghadiahkan nabi dengan sedikit halia, lalu nabi ambil dan memakan halia tersebut.

Israk dan Mikraj ini juga merupakan salah satu daripada mukjizat nabi saw.Malahan ia merupakan mukjizat yang paling besar mengikut pendapat sebahagian ulama’.Tetapi ada sebahagian umat islam memekakkan telinga mereka dari mendengar hadis-hadis yang mutawatir dalam peristiwa ini yang menyebabkan mereka mempertikai peristiwa yang agong ini. Mana pergi ASTORA JABAT LAKNATULLAH??? Yang mempertikai peristiwa ini satu ketika dahulu. Ini merupakan saki baki daripada pengikut-pengikut Abu Jahal dan Abu Lahab kerana mereka tidak percaya dengan peristiwa ini.

Makna di sebalik perjalanan Isra’ ke Baitul Maqdis ialah ingin menggambarkan betapa tinggi nya kedudukan tanah suci umat Islam ini.Baitul Maqdis bukan sahaja tanah bagi orang palestin tetapi ianya juga merukan tanah suci bagi umat Islam keseluruhan nya.
Kita perlu sedar betapa pentingnya kita mempertahankan tanah suci ini dari di ceroboh oleh Yahudi yang tidak bertanggungjawab yang di sokong oleh Amerika dan negara-negara yang sekafir dengannya!!!! Adakah kita membutakan mata dan memekakkan telinga dalam masalah ini?? Apa sumbangan kita bagi membebaskan bumi palestin ini dari Zionis Yahudi laknatullah?? Kita WAJIB memboikot semua barangan-barangan Yahudi dan sekutunya. Apakah umat Islam sedar masalah ini?Kita kihat pada hari ini dalam negara kita ramai mereka-mereka yang masih lagi tidak memboikot barangan-barangan ini.

Professor Dr Yusoff Al-Qaradhawi dalam fatwanya menyebut, “ satu sen kita sumbangkan untuk zionis yahudi ini di ibaratkan kita telah memasukkan satu peluru untuk menembak umat Islam di Palestin. Kita harus merasakam bahawa tanah suci Baitul Maqdis merupakan tanah suci seluruh umat Islam!!!!!

Perajalanan dari Baitul Maqdis dan terus berjumpa dengan Allah Taala bagi menerima fardhu solat.

Ini memberi faham kepada kita bahawa penting solat dalam kehidupan ini dan pentingnya menjaga solat. Bayangkan susahnya nabi saw hendak menerima solat ini, tetapi malang ada diantara kita yang ambil sikap sambil mlewa dalam solat ini.
Cuba kita fikir, dalam usia yang Allah Taala beri kepada kita ini berapa kalikah kita rasa lazat ketika berjumpa dengan Allah swt. Jika kita tidak rasa lazat, bayangkan jika kita dimatikan oleh Allah swt esok hari??? Satu persoalan yang harus kita jawab. Kadang-kadang kita lebih mementingkan kerja dunia berbanding dengan solat.

Tahukah anda semua, bahawa solat ini merupakan hubungan kita dengan Allah secara langsung.Betapa kasihnya Allah kepada kita semua sehingga Allah memberi peluang hambanya merayu untuk mengabdikan diri kepadaNya.Nabi saw di beri pilihan oleh Jibril sama ada hendak meminum arak ataupun susu,namun Nabi saw memilih susu kerana ianya sesuai dengan fitrah dan naluri manusia itu.

Semua agama melarang penganutnya minum arak, ini kerana ia sudah terkeluar daripada sifat manusia yang sebenar.Jumhur ulama’ salaf dan khalaf bersependapat bahawa peristiwa ini berlaku dengan jasad dan roh. Imam Nawawi berkata di dalam SYARHU MUSLIM “ pendapat yang benar menurut kebanyakan ulama’ salaf,semua fuqaha, ahli hadis dan ahli ilmu tauhid, adalah bahawa Nabi saw di isra’kan dengan jasad dan rohnya, semua nas merujuk perkara ini,dan ia tidak boleh di takwil kecuali dengan dalil”.

Diantara dalil yang jelas mengenai peristiwa ini sebagaimana di sebutkan sendiri oleh Allah swt di dalam Al-quran surah Al-Isra’ ayat pertama. Disini dapat dinyatakan bahawa mereka yang menolak peristiwa ini adalah terkeluar daripada agama Islam (KAFIR)

HAYATI SUNNAH, JAUHI BIDA’AH

Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM


PENYERANG United, Rooney bersaing dengan Indra Putra di Stadium National ,Bukit Jalil, petang semalam. United menang 3-2.

Tapi anak buah Rajagobal akhirnya terpaksa akur kepada jaguh kelab dunia

GEGAK gempita Stadium Nasional, Bukit Jalil bergemuruh dalam satu suara menjulang wira Malaysia, Amri Yahyah yang menewaskan penjaga gol tersohor, Edwin Van der Sar dan Ben Foster untuk mencetus gentar Manchester United sebelum kecundang 3-2 kepada juara Liga Perdana Inggeris itu dalam pembukaan Jelajah Asia 2009.

Sungguh pun diletakkan sebagai gergasi dunia, barisan Sir Alex Ferguson dimalukan oleh dua gol Amri - anak kelahiran Tanjung Karang pada minit ke-45 dan 53 ketika ramai menyangka akan dilumat habis-habisan oleh pelawat perkasa itu berpandu kepada kunjungan terakhir pada 2001 berakhir dengan kekalahan 6-0.


Tanpa disangka, Malaysia yang dihimpit dalam kotak penalti sejak sepak mula oleh United, berjaya mendapatkan gol yang didahagakan barisan anak buah K Rajagopal apabila Amri akhirnya membuktikan diri sebagai pemain tengah berwibawa negara dengan membuat tindakan bijak ketika melihatkan Van der Sar terkeluar daripada posisinya.

Amri yang menampilkan prestasi baik untuk menjulang Selangor ke persada Liga Super, namun gagal menterjemahkannya dalam dua pemanas badan menentang Zimbabwe sebelum ini melakukan lambungan menakjubkan melepasi penjaga gawang Belanda itu pada penghujung saingan babak pertama untuk menggamatkan 100,000 penyokong dengan tiga perempatnya berbaju merah.

Tonggak tengah itu kemudian membuktikan ia bukan tuah semata-mata apabila memintas hantaran belakang Darron Gibson kepada Ben Foster yang dimasukkan menggantikan Van der Sar pada babak kedua untuk menolak masuk, sekali lagi menggamatkan kapasiti penuh di Bukit Jalil.

AMRI dipeluk rakan sepasukan selepas gol untuk Pilihan Malaysia ketika menentang Manchester United dalam aksi 'Jelajah MU 2009' di Stadium National, Bukit Jalil, petang semalam.

United membuka tirai jaringan menerusi Wayne Rooney seawal minit kelapan dengan gol kedua pelawat menyusul minit ke-27 hasil sumbangan Nani.

Michael Owen yang menggantikan Rooney muncul wira dan membuktikan pelaburan dibuat oleh Ferguson ke atasnya berbaloi dengan jaringan kemenangan enam minit sebelum perlawanan tamat.


tahniah buat skuad kangsaan kerana telah berjaya mengharumkan nama negara walaupun tewas..permainan yang menarik..

namun terdapat dua persoalan yang bermain di benak ku..

1) mengapa stadium dipenuh dengan penyokong bewarna meerah??? berapa keratkah mereka yang berbaju hitam kuning atau biru?

malu dekat ferguson yang memakai baju kebangsaan..

2) berita melaporkan stadium telah dipenuhi oleh penonton sejak pukul 2 petang lagi..banyangkan di manakah zohor?asar?maghrib..mungkin pemain sempat menunaikan kewajipan mereka..tapi penonton? jangan lebih arang dari bara...

"Apabila mendengar azan bangun serta-merta walau dalam keadaan bagaimana sekali pun," kata asy-Syahid Imam Hasan al-Banna lewat wasiatnya yang pertama.

Di dalam 10 wasiat asy-Syahid Imam Hasan al-Banna, beliau mengingatkan ikhwan berhubung solat. Solat terletak di tempat yang pertama, mengatasi segala yang lain.

Hal ini sesuai sekali dengan kisah bagaimana pendirian baginda Rasulullah s.a.w tentang solat. Solat adalah antara ucapan terakhir yang kerap disebut oleh baginda menjelang hari terakhir kewafatannya.

"Apabila mendengar azan bangunlah serta-merta walau bagaimana keadaan sekalipun," demikian pesan al-Banna. Kenapa sang mujaddid ini meletakkan ungkapan sebegitu?

Solat adalah benteng yang mengeluarkan manusia daripada garis-garis kesesatan. Dalam solat itu, terkandung kewajipan membaca surah al-Fatihah dan dalam surah itu kita telah diwajibkan untuk membaca doa ihdina as-Siratal Mustaqim.

"Berilah kami petunjuk ke arah jalan yang diluruskan," itulah doa teragung yang wujud di dalam surah tersebut. Maka, jika manusia tidak menunaikan solat, mereka akan terhalang daripada rahmat Tuhan dan terdedah kepada jalan-jalan kesesatan.

Iblis akan menipu manusia melalui bisikan kata-kata bahawa kedudukan mereka itu telah tinggi dan mencapai kedudukan tertentu. Lalu, mereka tidak perlu lagi menunaikan solat. Helah ini berguna untuk memusnahkan jiwa manusia.

Dengan sikap enggan menunaikan solat itu tadi, manusia akan semakin mudah disesatkan kerana lidah mereka terasa asing daripada menyebut doa, "Berilah kami petunjuk ke arah jalan yang diluruskan."

Solat inilah satu-satunya amalan yang perlu dilakukan setiap hari bertujuan agar manusia itu sentiasa terjalin hubungannya dengan Tuhan setiap masa.

Ada amalan yang dibuat setahun sekali seperti berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan zakat dan menunaikan fardhu haji sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.

Dunia tidak sunyi daripada solat
Dengan peredaran matahari dan bulan, dunia kita ini tidak pernah sunyi daripada laungan azan yang menyeru manusia agar bingkas menunaikan solat.

Ertinya, dunia ini akan sentiasa bergema dengan kalimah Tauhid. Dengan sebab itu, siapa yang bersolat, maka dia telah menegakkan Islam di dalam dirinya dan negaranya.

Sabda Rasulullah s.a.w, "Solat itu tiang agama. Sesiapa yang menunaikan solat, maka dia menegakkan tiang agama. Dan sesiapa yang yang tidak menunaikan solat bererti dia telah meruntuhkan agamanya."

Dengan menunaikan solat, jiwa terasa tenang, hati terasa lapang. Hati terang, tenang serta jiwa yang lapang inilah yang menumbuhkan kekuatan jiwa dalam diri seseorang Muslim itu untuk terus hidup dalam keimanan dan ketaqwaan. Sebaik-baiknya solat itu perlu segera ditunaikan pada awal waktu, pada ketika mendengar azan. Menurut Hasan al-Banna, solat itu hendaklah diusahakan semampu yang terdaya. Ini membuktikan kesungguhan kita.

Hasan al-Banna mengaitkan azan dengan solat dalam wasiatnya yang pertama ini. Di situ ada sumber kejayaan. Di situ ada sumber pertolongan. Di situlah akar taufik. Perhatikan juga, banyak perintah dalam al-Quran dimulakan dengan menyebut solat di awalnya.

Perhatikan bagaimana Tuhan mensyariatkan solat. Solat juga di medan perang. Walaupun pada saat genting, darurat dan kecemasan.

10.37 a.m

ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH...
AHLAN WASAHLAN

Newer Posts Home

Blog Widget by LinkWithin

online

my picture