Blogger Template by Blogcrowds


PENYERANG United, Rooney bersaing dengan Indra Putra di Stadium National ,Bukit Jalil, petang semalam. United menang 3-2.

Tapi anak buah Rajagobal akhirnya terpaksa akur kepada jaguh kelab dunia

GEGAK gempita Stadium Nasional, Bukit Jalil bergemuruh dalam satu suara menjulang wira Malaysia, Amri Yahyah yang menewaskan penjaga gol tersohor, Edwin Van der Sar dan Ben Foster untuk mencetus gentar Manchester United sebelum kecundang 3-2 kepada juara Liga Perdana Inggeris itu dalam pembukaan Jelajah Asia 2009.

Sungguh pun diletakkan sebagai gergasi dunia, barisan Sir Alex Ferguson dimalukan oleh dua gol Amri - anak kelahiran Tanjung Karang pada minit ke-45 dan 53 ketika ramai menyangka akan dilumat habis-habisan oleh pelawat perkasa itu berpandu kepada kunjungan terakhir pada 2001 berakhir dengan kekalahan 6-0.


Tanpa disangka, Malaysia yang dihimpit dalam kotak penalti sejak sepak mula oleh United, berjaya mendapatkan gol yang didahagakan barisan anak buah K Rajagopal apabila Amri akhirnya membuktikan diri sebagai pemain tengah berwibawa negara dengan membuat tindakan bijak ketika melihatkan Van der Sar terkeluar daripada posisinya.

Amri yang menampilkan prestasi baik untuk menjulang Selangor ke persada Liga Super, namun gagal menterjemahkannya dalam dua pemanas badan menentang Zimbabwe sebelum ini melakukan lambungan menakjubkan melepasi penjaga gawang Belanda itu pada penghujung saingan babak pertama untuk menggamatkan 100,000 penyokong dengan tiga perempatnya berbaju merah.

Tonggak tengah itu kemudian membuktikan ia bukan tuah semata-mata apabila memintas hantaran belakang Darron Gibson kepada Ben Foster yang dimasukkan menggantikan Van der Sar pada babak kedua untuk menolak masuk, sekali lagi menggamatkan kapasiti penuh di Bukit Jalil.

AMRI dipeluk rakan sepasukan selepas gol untuk Pilihan Malaysia ketika menentang Manchester United dalam aksi 'Jelajah MU 2009' di Stadium National, Bukit Jalil, petang semalam.

United membuka tirai jaringan menerusi Wayne Rooney seawal minit kelapan dengan gol kedua pelawat menyusul minit ke-27 hasil sumbangan Nani.

Michael Owen yang menggantikan Rooney muncul wira dan membuktikan pelaburan dibuat oleh Ferguson ke atasnya berbaloi dengan jaringan kemenangan enam minit sebelum perlawanan tamat.


tahniah buat skuad kangsaan kerana telah berjaya mengharumkan nama negara walaupun tewas..permainan yang menarik..

namun terdapat dua persoalan yang bermain di benak ku..

1) mengapa stadium dipenuh dengan penyokong bewarna meerah??? berapa keratkah mereka yang berbaju hitam kuning atau biru?

malu dekat ferguson yang memakai baju kebangsaan..

2) berita melaporkan stadium telah dipenuhi oleh penonton sejak pukul 2 petang lagi..banyangkan di manakah zohor?asar?maghrib..mungkin pemain sempat menunaikan kewajipan mereka..tapi penonton? jangan lebih arang dari bara...

0 Comments:

Post a Comment



Newer Post Older Post Home

Blog Widget by LinkWithin

online

my picture