NUZUL AL-QURAN SATU KEISTIMEWAAN
terdetik hatiku untuk memuatkan di dalam blog ini kata2@kuliah terawih yg disampaikan oleh ustz wan Azlan..
terdapat 3 pandangan ulama tentg tarikh nuzul Quran :
1)17 Ramdhan- tarikh yg msyhur
2) 21 ramdhan
3) 24 ramadhan- berdasarkan satu hadis hassan yang mana sanadnya hasan-
Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah meriwayatkan dari Watsilah bin al-Asqa’, bahawa Rasulullah bersabda (maksudnya),“Shuhuf (lembaran-lembaran) Ibrahim diturunkan pada malam pertama bulan Ramadhan, Taurat diturunkan pada tanggal enam (6) Ramadhan, Injil diturunkan pada tanggal tiga belas (13) Ramadhan, dan al-Qur’an diturunkan pada tanggal dua puluh empat (24) Ramadhan.” (Hadis Riwayat Ahmad dan turut dikeluarkan oleh ath-Thabrani. Menurut Syaikh al-Albani di dalam Shahiihul Jaami’ hadis ini hasan (1497). Lihat juga Tafsir Ibnu Katsir di bawah penafsiran 2: 185)
tidak menjadi msalah tentang tarikh penurunan al-Quran tetapi apakah penyisian ketika sepanjang rmadhan yang mulia ini??
bagaimanakah pembacaan al-Quran di bulan ini? sejauh manakah penghayatan terhadap isi kandungan al-Quran yang membawa berita gembira dan peringatan?
sekiranya bulan ini pun payah untk kita membelek halaman al-Quran bagaimana pula ketika bulan-bulan lain??? ketika bulan kita hanya berperang dengan satu pihak musuh sahaja(nafsu)...
renung2kanlah
0 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)